Feb 14, 2015

PIN fabulous!!!

Special event for our PIN Team today! Alhamdulillah mmg bebaloi and besttt sgttt!!
;)

PIN Fabulous Make Over!

  

  

  


Special thanks to the Project Manager Sue, dari A to Z dia handle! hebattt!! puas hati tau :) 

Big thanks to AJK, diamonds dan semua yang bantu dari awal sampai ke habis.

Alhamdulillah jgk ramai yg sponsor makanan.. ada nasi ayam penyet, cream puff, cheese cake, kuih muih etc! tq sgt sponsor :)

dan TQ juga buat MUA - suzie and her partner yang sudi melayan teletah kami ni hehe.. mcm ragam sungguh hahaha

dan.. dan.. dan.. super special to my backbone!! sentiasa bagi yang terbaik buat syida and my team!! i love u byk2 lahhh!!





dannn.. tak lupa buat emcee kita, import dari petronas ni hehe tq2! lepas ni dah blh jadi speaker tetap PIN dah :D


  

lepas belajar pasal make up and etc.. ada tutorial tudung jgk.. tu ha dia semua model2 of the day ;) semuanya sporting!!


then lepas tu kami plak diberi peluang make up muka sendiri, kan tadi dah belajo kannn hehe so jomsss tunjuk skills!! sambil2 tu rujuk MUA trus kot2 ada yg silap or nak betulkan..

bila tengok result... Yeay!! semuanya transform terusssss ;D lepas ni dah blh cantek2 laa salu. maklumlaa 3-4jam jgk belajo td! hihi 



  


 selesai conteng muka sendiri dan belit2 tudung.. kami sedia beraksi utk Bangkok pula!! oyehhhh mmg padat dan bermakna sgt class harini! im such a happy mommy!! :)

later.. syida ambil peluang share sket tips utk ke bangkok sesama! lepas 30 minit kami bersurai..

  
  



 Moga semua ilmu harini dapat bagi manfaat pada semua dalam pada utk tingkatkn bisnes masing2! 
i wish u all the best darlings! 
insyaAllah bila kita buat betul2, hasil nya mst akan dapat.. cepat atau lambat je. janji buat betul2! :)

haaa last but not least, dah make over semua kan? so siapa2 yg stay sampai habis ada photography session lak dgn MR Photografer a.k.a MR husband hehe

so enjoy!!! muahhhhh

  
  



  




LOVE,

CIKCIDA :)

Dec 23, 2014

Permulaan yang biasa-biasa.. Tapi...

Bermula dengan trip Vietnam je.. even dapat pergi vietnam je.. tapi tu pun rasa bersyukur sangat2 sbb tak pernah melancong selain dari indon. tapi dengan permulaan Vietnam tu la.. Setahun kemudian kami dapat jejak kan kaki ke Paris & London. Mmg tak pernah termimpi nak pergi europe (mcm jauhhh sgt tempat tu).. Sbbnya mmg tahu kemampuan diri. org lain mungkin blh pergi balik hari je.. Tp Syida mmg tak lah kan hehe.. and siapa tau kan tup2 skrg bakal jejak kan kaki ke negara ke9 dah even baruuu je 3tahun bertapak dalam bisnes. Alhamdulillah :)

Bermula dengan org sekeliling tak heran pun siap perli2 lagi hehe.. Tapi takpe kita bukan jual dadah pun, cuma buat selain dari kebiasaan dorg.. Alhamdulillah skrg ramai yang mula bukak mata, sedara dan kawan2 ramai yang dah sama2 buat bisnes jgk :) 

Bermula dari tak pandai berblog.. Tak pandai bercakap.. Tak pandai berbisnes.. Sekarang Alhamdulillah.. Setakat 300-500k sales sebulan tu boleh la dapat ;) Tak perlu nak war2 kan income berapa kita dapat dalam bisnes ni, tapi bila sales besar confirm income besar.. Let say kalau blh dapat bonus cuma 10%? berapa agak2 income kita. kira lah sendiri kan. hehe

Bermula dari takut2.. Sekarang dah 3tahun menuju ke 4tahun dah berbisnes online ni dan stay dengan produk yang sama. sbb apa stay? sebab kalau nak menjadi kena make sure kita focus and buat betul2.. insyaAllah setahun je dah blh mula nampak hasil insyaAllah

Transformation boleh terjadi.. tapi bukan org lain yang buat.. kita sendiri kena BUAT! 


From zero to Hero!


Gambar baju hijau tu tahun 2011.. dan gambar atas ni 2013.. insyaAllah 2015 ni lagi baik dari sebelumnya. banyak beza kan kalau nak compare 2 gambar atas ni ? so siapa cakap kita tak blh transform diri kita? semuaaa org boleh! cuma perlukan tindakan dan keberanian utk bermula :)

Permulaan yang biasa2.. tapi hasil kena LUAR BIASA!

Dec 20, 2014

Cantik Dimata Suami. Ada Mau? ;)

I used to be sooo skinny!! Tapi en suami tak gemar sgt.. Katanya kena ada isi n shape jugak baru cantik. Tu kat mata dia la.. and yess!! En suami I cerewet ok hehe nak bini melawo je salu (even bininya xda la lawo sgt :P)

Ada je segelintir suami yang asyik cakap tak kesah la... Takpe kurus keding ke berisi i tetap sayang uuuu.. blablablabla ayat menjaga hati.. Tapi kan? Tak terdetik kah kita.. Nak lawo2 kat mata suami? Tak nak kena suami asyik pujiii je? Jangan kalau keluar org tertukar dengan bibik suda :P

Tu pasal my husband ni pantang sangat kalau syida pakai selekeh.. mst dia cakap.. 'nape pakai mcm bibik?' haa amek kauuu! laserr huahaha tapi kalau pakai kemas n lawa 10x dia puji! syiok je dengarrr ;) So kita la pilih.. Nak suami pandang sebelah mata ke suami puji?

That's why laaaa.. Jangan la kedekut nak spend duit untuk jaga dalaman dan luaran badan kita, badan ni nak pakai sekali seumur hidup. manja kan diri sket takpeeee sbb kita perempuan mmg patut dimanjakan pun ;)

For me.. nak exercise mmg malas sket laa hehe.. Serius mmg x suka jaga makan n exercise bagai.. So tu pasal syida pilih utk stick dengan 'Premium Beautiful' corset. 3 tahun dah pakai and mmg puas hati sgt!! Kalau yang cakap tak menjadi ke apa.. Tu sbb dia tak pakai jela huhahaha serius laaaaa... Nak pakai menjadi comey lotey kena la pakai consistent, jangan pakai sekali 2 pastu expect trus kuruihhh! ehhh kalau camtu pakai la corset harga beratus ribu pun x kan menjadik nye hehehe

dan PB corset ni mmg sesuai utk berpantang jugakk.. So insyaAllah dari 80kg berat, syida tgh aim nak turun kan mcm dalam gambor kat bawah ni.. my pre-pregnancy weigt dlm 55kg, skrg dah tinggai 65kg dah! phewww sila rajin kan pakai PB yeee hehe tapi utk anda2 yang mmg disiplin exercise, jaga makan etc.. Taknak pakai pun xpeeee sbb tu kelebihan u olz yang rajin dan banyak masa la kan hehe utk syida yang tak da masa.. malas.. etc etc ni.. saya pilih Premium Beautiful :) 



Takda la kurus beno pun time ni.. Tapi dah en suami sukaaaa.. Kita ikutkan la kan hehe.. Mari2 kita gigihkan berPB. Tak susah pun. Sarung jekkk 8jam sehari. Utk pemakaian lepas bersalin n selain dari tu blh dapat kan consultation dari kami ok darlings :)

love;
SYIDA!
010-2261683

Dec 16, 2014

Precious Moments 231114

Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah.. 
Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat ilahi sebab bagi kami peluang merasai nikmat hidup yang tak ternilai ini. bagi kami anugerah yang tak terhingga ini. 

Even terkejut kena bersalin awal, mmg unexpected sgt2! dan tak seperti yang dirancang.. tapi kami syukur, semuanya selamat dan sihat walafiat :)


201114..

Alkisahnya.. pegi check up kat UMSC (University Malaya Specialist Centre) mcm biasa je.. masa ni dah start jumpa gynea seminggu sekali dan masa tu mmg rasa sehat takda rasa nak bersalin or pening or apa2 lah. then bila jumpa nurse utk check BP, terkejut dia sbb BP tinggi sgttt! so bila msk jumpa Dr Nuguelis.. check BP lagi dan check lagi smpai 2 kali sbb Dr pun pelik apsal tetibe tinggi walhal sblm ni BP syida rendah kot. then hasrat nak happy2 scan baby n balik singgah makan durian kat SS2 tergendala laaaaa sbb Dr tahan utk monitor BP sampai besok nya. sobssssss tapi muka boleh senyum2 lagik hehe dalam hati positive je yang besoknya msk blh kuar hospital lepas monitor. (berangan la kan hehe)

Sib baik laaa barangg hospital semua dah dalam kereta. cuma minda jela tak prepare nak bersalin lagi sbb due syida 19 Dec nanti. sebulan lagiiii! then ptg tu trusss admit. suami terchenta lak balik rumah jap amek brg2 semua.



tapikannn.. bukan bermalam kat ward ye, tapi sebenarnya bermalam kat bilik bersalin ok! delivering suite 303 kat atas tu ha! huhahaha eh dah kena bersalin ke aku ni? nangess japp :P tapi sib baik bilik bersalin kat UMSC ni sama mcm bilik biasa je, kiranya stay sini bersalin pun kat sini laa kalau ditakdirkan kena bersalin awal kan. siap dengan LCD tv bagai, beza dia ada alat2 untuk org nak bersalin. scary jugak nengoknya tapi tutup mata jela ;)

Ramai yang tanya jgk.. apa beza UMSC dengan PPUM?
 beza dia.. PPUM government, UMSC Private. tu je beza dia.. klinik dia building sebelah2.. tapi ward bersalin sama, sebelahnya wing PPUM, sebelah lagi private wing UMSC ni. entrance dia pun sama je :)



Percaya tak? seumur hidup syida tak pernah kena cucuk jarum besooo kat tangan tu hehe.. sakit le jugak, tapi sikit sangat nak dibanding dengan sakit bersalin kan? hehe so redha jelaaa.. ada 3 tempat kena cocok2 semuanya. pheww! kebal kejap :P kat atas tu gambor selfie dengan en suami dikala melayan bosan kat bilik.. yelaaaaa bukannya sakit pun tapi setiap 4jam nurse datang monitor BP dan kena amek ubat turun kan BP jugak.. nak jalan2 tak boleh takut penat so lagiii la naik BP nya.. so kami relax2 jelaaa.. 

Kebetulan besoknya syida ada event utk PINLeaders.. Tapi terpaksa laaaa handover kat en suami dengan member2 yang lain sepenuhnya. tu dia muka en suami tgh siapkan slides utk event tu.. cian dia rushing ke sana sini. tapi Alhamdulilah event tu berjalan lancar dengan kerjasama semua beloved partners! yeayy Alhamdulillah :) 


Ok back to cerita bersalin..
ni semua alat2 yang ada dalam bilik tu.. katil baby dengan machine2 semuaaaaa.. phew! tak leh imagine camna la nak beranak nanti, serius sampai ke lani xley imagine ;D




Syida pun taktau apa function semua2 tu, sbb banyak sgt machine2 nya tapi paling scary tgk tempat gantung kaki tu? kepala ligat pk camna laa rupanya nak gantung kaki bagai. erkkk serius kecut perut huhuuu tapi malam tu blh je tido lena lupa dah pasal bilik bersalin ke apa sbb selesa jee maklumla mak buyung mmg suka tido hihi cuma still rindu katil dengan bantal busuk sendiri jela,

211114


Dijadikan cerita.. besoknya Dr Nuguelis mai jengok dan tgk BP dr smlm, mmg takda beza sgt. dok naik turun naik turun.. mmg gaya mcm tak leh kuar spital leee.. so katanya, better induce lah sbb bahaya utk mom n baby jgk if BP makin tinggi dan tinggi.. so nak turunkan BP kena kuarkan baby dari perut je. tu la dia antara penyakit2 org pregnant. nama scientific eclampsia. lagipun syida pun dah 36 weeks, so baby dah matang dan selamat if bersalin now. kalau belum 36 weeks mmg kena tahan spital la sampai 36 weeks sbb dorg kena monitor BP dengan heartbeat baby. so terpaksa la mak serah diri kasik induceeee agaknya baby dah tak sabar nak jumpa mommy daddy la kot hehe





Pagi tuhh dah msk sebijik tablet. then tunggu sampai ke ptg xda progress pun. sakit skettt pun xda kehkehkeh so kami laki bini dok pusing 1 bangunan nak kasi jalan cpt bukak. even nurse soh rest kat bilik je, kang penat2 BP naik lagi haihhhh tapi aku ni degil :D


Ptg bila Dr dtg cek, belum ada bukaan pun.. and katanya ubat pun tak cair. so dia kasik tenyeh2 obat tu nak bg cair cpt. phewww sakit OKKK! so tunggu lagi sampai ke malam.. Dr datang lagi tapii lepas diseluk2 takda progress jugaaa.. even graph contraction pun mendatar je, tak sakit lansung! uwaaaa sakit seluk jela.. so tunggu la for the next tablet besoknya. huhuhu time ni dah seriau kalau dengar tapak kasut Dr hahaha sbb takut wehh! even Dr Nugu punya lah baikkk tapi mmg takut sbb tau mst kena seluk2 hahaha takpe laaaa sakit tu menghapuskan dosa2 kecil! insyaAllah


Sempat lagi pose & men2 tepon.. maklum laa mmg x sakit kan.. beriye baring tu sbb lepas wat CTG so nampak la mcm org sakit sket.. ;)




221114


Pepagi lagi nurse dtg msk kan 2nd tablet, then tungguuuuu lagi sampai tgahri takda jugak progress.. siap request nasi kerabu lagik kat en suami hahaha so tengah syok2 makan tu Dr mai trus rasa nak tersedak maklum la dah tau daaaaaa apa yg jadik nanti :p then dr siap cakap.. 'enjoy ur last meal ye syida.. nanti puasa kejap lagi ye' kuikuikui apakah nasib ku ini 


Ptg Dr cek xda progress jugakkk so msuk la tablet ke3! haaaa kebal okkk! sangat kebal! sakit pun tak... bukaan takda.. dinding pun tebal lagi.. so kalau msk yg ke4 pun mcm tu jugak laaa rasanya.. sbb awal sgt lagi kan. baby dok relax2 lagi kat dalam hehe


Pukul 10 malam Dr mai cek semua and dia bg option utk czer, lepas dia explain semua pasal cesarean delivery blablabla risk and etc.. syida and en suami agree. yela Dr tahu apa yang terbaik utk kita, so kita follow jela. dia pun nak selamatkan kita n baby jgk. tapi dalam hati Allah saja yang tahu huhu tapi en suami cakap.. 'takpe, kita face benda ni sama2.. insyaAllah ada hikmah.. Allah dah tetapkan yang terbaik... ayg jangan takut ok' then lepas tu pakar bius datang brief pasal semua procedure, risk, n semua2 lah! pastu SIGN.



Later kul 11.45 malam masuk OT, serahkan sepenuhnya dekat Allah dan bagi kepercayaan dekat Dr and her team utk jalankan tugas dia. Alhamdulillah syukur dan terima kasih pada Allah, baby dapat dikeluarkan dengan selamat 12.24 pagi. even ada kesulitan sikit time operate tuh sbb kedudukan baby time tu, tp syukur sgt!! semuanyaaa berjalan lancar :) tq sgt2 dekat Dr Nuguelis yg bertungkus lumus, pakar bius yg mmg dok sblh syida sampai habis procedure, nurse dan semua2 lah! sbb semua yang ada dalam tu buat kita rasa secure and selesa sgt, even tengah operate tuh rasa sejuk sgtt, rasa helpless sbb half bius kan and stress jgk sbb pressure kat bahagian perut tu kuat. tapi dorg mmg banyak membantu dan buat en suami jugak.. yang tak senang duduk menunggu. sempat bacakan yasin 3kali sampai habis operation. owh touching lak rasa tengah2 menaip ni :')



231114

Apa2 pun im sooo blessed! betul la kata org.. hilang sakit bersalin bila tengok anak depan mata.. yup mmg hilang sakit tu.. tapi still sakit la kan ;) apa2 pun im blessed!!!

Presenting..
Ahmad Adrian bin Mohd Azizul Razman
kesayangan mommy daddy dunia akhirat


And special thanks to beloved en suami. sentiasa ada disisi.. sentiasa bagi yang terbaik! we love u so much!! :))

daddy tgh bacakan yasin kat anak teruna :)

Alhamdulillah again and again!! tq buat family terchenta umi abah mama abah dan adik beradik semua jugak!!
sayang sangat2!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...