Feb 27, 2014

Amazing Gold Coast - PART 2

Cerita dari bumi Kangaroo bersambung.....



Pada yang masih belum baca cerita part 1 perjalanan Syida, boleh click di sini


Perjalanan dari Singapore ke Brisbane mengambil masa lebih kurang 8 jam. Mengikut jadual, Syida akan touch down di Brisbane dan dari sana baru kami semua akan ke Gold Coast. Buat pengetahuan Brisbane merupakan city atau bandar dalam state of Queensland. 


Mengikut cerita dari tour agent kami, Brisbane merupakan bandar yang ketiga terbesar di Australia dengan penduduk lebih kurang 2.2 mill. Agak besar jugak Brisbane sebagai sebuah bandar Metropolitan. Tiada apa yang Syida nak ceritakan sangat sepanjang penerbangan dari Singapore ke Brisbane sebab 90% masa dalam flight tu Syida tidur :p hehehe..



Lebih kurang jam 9 pagi (waktu Malaysia) kami semua selamat mendarat di bumi Kangaroo ni. Agak teruja sebab ni adalah kali pertama Syida menjejakkan kaki di benua Australia. Tiada beza sangat dengan cuaca di Malaysia sebab sekarang Australia masih di dalam musim panas (summer). So keterujaan dengan cuaca agak kurang berbanding time kami ke London and Paris dulu :). 


Urusan di emigration agak lancar. Tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Bagasi-bagasi kami semuanya OK dan selamat tak perlu nak kena 'special treatment' dari kastam..
Keluar dari gate Airport, first thing yang Syida akan buat adalah menukar jam Syida kepada waktu tempatan (Australia time). Perbezaan waktu antara Malaysia dengan Australia adalah 2 jam (Australia cepat 2 jam dari Malaysia). Waktu kene betul sebab segala aktiviti kami di sana akan mengikut waktu tempatan. Next thing yang penting untuk Syida adalah untuk start 'on' handphone and 'data' roaming. Dan semestinya ini adalah kerja untuk my hubby sattle kan. Syida memang tak pandai la nk setting handphone ni. pandai guna je. 

Mengikut husband Syida, since kiteorang pakai line Digi, kiteorng kene tetapkan line roaming ke 'Telstra' (local partner for Digi in Australia) untuk dapatkan unlimited data roaming dekat sana. Bab ni memang sangat penting. Kalau kita silap roaming kepada provider lain, confirm balik Malaysia dapat bill yang boleh menjuling bijik mata. So guys hati-hati bila memilih roaming service. Nanti Syida share lagi tips roaming dekat bahagian Tips Cik Cida di bawah ye :)

Settle semua urusan dekat Airport, kami terus menaiki our coach untuk menuju ke tempat lawatan pertama kami. Dan semestinya tempat lawatan kami yang pertama merupakan tempat yang sangat-sangat best sebab disini lah kami bakal diperkenalkan dengan hidupan-hidupan unik yang ada di Australia."Paradise Country Farm" merupakan sebuah tempat or lagi tepat kita panggil ladang yang menempatkan beberapa spesis haiwan yang unik dan sinonim dengan Australia. dekat sini lah kita untuk berpeluang berinteraksi dengan haiwan seperti Kangaroo, Koala, Kuda, Biri-biri Australia, LLama dan banyak lagi.






Perjalan ke 'Paradise Country Farm' mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Brisbane Airport. Sepanjang perjalanan menuju ke Country Farm, dapat la Syida menikmati pemandangan di negara Australia ini. 


Pada Syida tak banyak sangat bezanya keadaan sepanjang perjalanan dari Brisbane ke Gold Coast dengan Malaysia. Maybe sebab cuaca sekarng yang panas, keadaan dan aktiviti harian Aussie people pun tak banyak beza.



Sesampai je kami di area Country Farm, mata Syida lebih tertarik dengan Theme Park yang terletak hanya beberapa ratus meter je dari gate 'Paradise Country Farm'. Almaklumla dalam fikiran bila mula2 nak datang ke Gold Coast, theme park la yang menjadi tarikan utama Syida..hehe. 


Paradise Country Farm terletak berhampiran dengan beberapa Theme Park yang terkenal di Gold Coast seperti Movie World and Extreme Water Park. So bila kita nk masuk je gate Country Farm, Theme park adalah tempat utama yang akan menarik perhatian mata kita.



Masuk je ke dalam Paradise Country Farm, kami disambut oleh Kuda-kuda yang berpakaian. Agak aneh bila melihat kuda disini semuanya dipakaikan baju. Mengikut kata tour guide kami kuda-kuda disini dipakai kan baju kerana cuaca terlalu panas dan pendedahan kuda terus kepada cahaya matahari yang terik tidak elok untuk kesihatan kuda.




Aktiviti pertama kami di Paradise Country Farm, adalah makan :) dah masuk waktu lunch so perut pun harus lah diisi dulu baru ada tenaga nak berjalan kan. Pilihan menu untuk lunch kami hari ni adalah beef steak, Fish and Chip or chicken grill. So Syida mesti la akan pilih beef steak, sebab Australia memang terkenal degan daging lembu so agak rugi kalau kita tak try daging lembu fresh di Australia. Dan isu HALAL bukan satu masalah bila kita pergi dengan group yang besar. Semua makanan yang kami makan akan disediakan mengikuti penyediaan makanan Halal. 


Satu info yang Syida baru tahu, Australia juga merupakan salah satu negara pembekal daging Halal terbesar untuk pasaran dunia. Tak susah mencari daging halal di sini kerana kebanyakan daging yang dikeluarkan mengikut standard penyediaan daging Halal.



Selesai mengisi perut, kami di bawa melihat beberapa show yang ada disana. Syida dapat tengok macam mana penyediaan teh cara cowboy and cara kehidupan cowboy Australia. Di Australia, cowboy dipanggil atau dikenali sebagai 'Aussie Bushman'. 


Show yang paling menarik perhatian Syida adalah show memotong bulu Biri-biri. 1st time dapat tengok macam mana bulu biri-biri dipotong dan first time jugak Syida tahu terdapat banyak spesis biri-biri yang wujud di dunia ni. Mengikut apa yang diceritakan, bulu biri-biri mesti kerap dipotong pada musim panas kerana biri-biri tak tahan dengan cuaca yang panas dan kemungkinan untuk biri-biri mati adalah tinggi jika ia terlalu panas.






Next aktiviti, bermain dengan Kangaroo :) . First time dapat tengok dan pegang Kangaroo depan mata. Satu pengalaman yang sangat best bila berpeluang bagi kangaroo makan. 


Kebanyakan kangaroo dekat sini jinak-jinak so takda la rasa takut nak usik-usik and bermain dengan kangaroo. Kalau nak feed kangaroo, kita kene beli makanan kangaroo yang disediakan. Harga satu peket makanan Kangaroo AUD $1 je. 

Puas bermain dengan Kangaroo, Syida berpeluang pula untuk ambik gambar dengan beruang Koala. Agak takut jugak mula-mula nak dukung Koala ni. Manalah tahu buat nya dia gigit kita mahu menjerit..haha. Tapi Koala ni bukan la haiwan yang agresif. Koala sangat la pemalu and pasif. Bila letak je Koala dkt atas badan kita, Koala akan terus peluk and berpaut dekat kita. Pada Koala, kita adalah pokok untuk dia berpaut. Sangat la comey Koala ni. Kagum dengan ciptaan Allah..








Habis satu hari bersama pengalaman yang sangat menarik di Paradise Country Farm. Bermain bersama Kangaroo, memeluk Koala, melihat mcm mana proses memotong bulu biri-biri, merupakan pengalaman yang Syida tidak akan lupakan ;)


Perjalanan seterusnya bersambung di 'Amazing Gold Coast Part 3' :)....

---------------------------------------------------------------------------------------------
TIPs Cik Cida

Data Roaming

Data roaming merupakan satu kemestian untuk Syida bila pergi melancong ke luar negara. Sebab Internet sangat2 penting Syida sebab internet la salah satu cara untuk Syida berkomunikasi dengan para pelanggan and biz partner Syida.

Terdapat beberapa cara untuk kita mendapat akses kepada internet bila berada di luar negara. 

1. Free/paid Wi-Fi
2. Temporary line/prepaid yang kita beli disana
3. Data Roaming

Syida selalu memilih data roaming sebagai pilihan kerana pada Syida ia mudah dan tak perlu nk tukar2 sim card. Tp awas bila bermain dgn data roaming ni silap langkah tk pasal2 bil kita boleh sampai beribu. So mcm mana nk elaka kan dari terkene cas yg beribu:

1. Periksa dgn servis provider kita, adakah mereka menawarkan plan daily unlimited data roaming. Mcm Syida yang menggunakan Digi, mereka menawarkan package serendah RM36/day untuk data roaming.

2. Bila sampai sahaja ke destinati kita, on data roaming di telefon kita dan pilih manual searching. 

3. Pilih local partner seperti yang dicadangkan oleh service provider kita. Contohnya mcm Digi di Australia, local partner mereka adalah Telstra. So Syia akan pilih Telstra sebagai network Syida.

4. Selesai memilih local network, keluar ke menu dan verify apa network yang muncul di screen phone kita. jika confirm local partner yang appear di phone kita, maka anda boleh la start menggunakan data roaming.

5. sentias cek dari semasa ke semasa, apa network yg muncul di phone kita. just in case network bertukar secara automatik ke provider lain tanpa kita sedari. ini penting bagi mengelakkan kita di cas dengan amount yang tidak sepatut nya :)
---------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...