Feb 24, 2014

Amazing Gold Coast - PART 1


Pejam celik, pejam celik tak perasan pun cepat betul masa berlalu. Rasa macam Syida still lagi dekat Gold Coast. Melihat laut yang membiru, pasir yang sangat-sangat halus dan putih, angin pantai yang tak henti-henti bertiup. Seronok berjalan, melancong dekat negara orang masih tak hilang lagi. Yelah bukan senang nak dapat peluang menjejakkan kaki dekat negara orang kan. Tapi Alhamdulillah berkat rezeki berniaga, Allah bagi kesempatan untuk Syida merasa menjejakkan kaki ke benua Australia.


Macam yang Syida janjikan, Syida akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman Syida dekat Gold Coast. Mungkin apa yang Syida bakal ceritakan boleh menjadi panduan atau rujukan untuk sesiapa yang merancang melancong ke Gold Coast. Serius tak rugi merangcang ke Gold Coast. Percutian kita nanti confirm berbaloi





Sabtu 15 Febuari 2014: Perjalanan ke Gold Coast bermula.

Untuk pengetahuan semua, perlancongan Syida ke Gold Coast semuanya ditaja 100% oleh Hai-O, sebagai ganjaran atau bonus diatas pencapaian. Syarikat dengan bermurah hati menaja perlancongan dan memberi peluang untuk Syida dan rakan-rakan ke Gold Coast secara 'percuma' :)


Kami ke Gold Coast dengan menggunakan perkhidmatan 'Singapore Airline'. First time Syida menggunakan perkhidmatan Singapore Airline, dan apa yang Syida boleh katakan perkhidmatan yang diberikan sangatlah terbaik (5 star dari Syida). Dari KLIA, kami berlepas ke Singapore untuk transit di sana. Buat pertama kalinya Syida berpeluang untuk menjejakkan kaki di Changi Airport Singapore. Banyak cerita yang menarik Syida dengar tentang Changi Airport. Dan hari ni Syida dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman di salah sebuah Airport yang tercanggih dan terbaik. 

Apa yang boleh Syida katakan, Changi Airport adalah sebuah airport yang sangat prihatin dan menjaga kebajikan para pelanggannya. Kemudahan yang ditawarkan oleh Changi Airport adalah terbaik. Mereka menyediakan tempat untuk berehat yang banyak, siap tempat untuk tidur kepada para pelanngan. Free Wi-Fi, bilik untuk solat (prayer room), entertainment lounge (boleh main game), kerusi urut percuma dan bermacam-macam lagi. pendek kata memang tak bosan bila transit di Changi Airport.

Yang lagi best, pihak agen perlancongan yang menguruskan kami memberikan cash voucher bernilai $20 Sing Dollar seorang. Selalunya cash voucher ini hanya dikeluarkan oleh pihak Airport kepada mereka yang transit melebihi 4 jam. Tapi kami diberikan keistimewaan untuk mendapat kan cash voucher ini walaupun transit hanya 2 jam sahaja. So apa lagi boleh la shopping and minum-minum dengan percuma menggunakan cash voucher yang diberi. Jimat duit :p hehehe




Jam 12.45mlm, Flight yang membawa kami ke Gold Coast bersedia untuk berlepas. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 8 jam. apa yang bestnya Flight malam, boleh tidur puas-puas. So kali ni Syida malas nak tengok movie dlm flight or main game. Just nk rehat puas-puas sebab nak simpan tenaga untuk hari esok yang confirm lagi seronok.


Dan sekali lagi Singapore Airline memberikan perkhidmatan terbaik. Cabin Crew sangat baik dan bersopan cuma terlalu rajin and selalu kejutkan@kacau Syida untuk makan (agak terganggu tido beta kali ni) haha.. Buat pengetahuan, makanan yang disediakan untuk kami semuanya halal. Special request untuk group kami. So tiada ragu2 nak makan..


Perjalanan seterusnya bersambung di 'Amazing Gold Coast Part 2' :)....

---------------------------------------------------------------------------------------------

TIPs CikCida:

1. Pakaian
Mesti sesuai dengan cuaca. tidak terlalu banyak,bawak cukup2 je sebab takut berat bag. Selalunya Syida akan bawak pakaian basic sahaja. Baju2 lain Syida akan beli dekat tempat yang Syida pergi. Periksa, berapa berat luggage yang dibenarkan. pengalaman Syida, berat beg akan berganda time balik sbb banyak benda asing (souvenir, barang2 shopping) yang akan bertambah. Apa yang Syida selalu buat, Syida akan bawak dua beg besar. Satu beg akan diisi dengan pakaian and satu lagi beg kosong :). kenapa beg kosong? sbb beg kosong tu la yang akan penuh time balik nanti..hehe

2. Handcarry.
Prepare satu bag untuk handcarry. selalunya Airline akan membenarkan kita bawa Handcarry dlm berat yang tertentu (5kg - 7kg) bergantung kepada Airline. kalau perjalanan yang jauh, handcarry sangat2 la penting untuk letak toiletries dan pakaian persalinan. Bag besar kita dah tak boleh ambik lepas check in. So apa2 barang yang penting make sure letak dlm handcarry. Syarat asas Handcarry, x boleh bawk bende2 tajam/senjata and liquid mesti tak lebih dari 100ml. 
---------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

Raja Azrul said...

Kawan saya ada join trip ni, nama dia Iza Shahida. Apapun tahniah atas perkongsian pengalaman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...