Feb 9, 2016

Bagaimana Untuk Menggunakan Multi-Akaun Pada Instagram?

Mempunyai lebih dari satu akaun Instagram bukan la sesuatu yang asing terutama untuk para usahawan yang menjalan perniagaan menggunakan platform atas talian.




Kerap juga mendengar keluhan pengguna yang mempunyai lebih dari 1 akaun untuk sentiasa log keluar dan log masuk kembali setiap kali ingin mengakses ke sesuatu akaun. Terdapat juga beberapa aplikasi pihak ke tiga yang menawarkan kemudahan untuk membuka akaun Instagram yang lain. Tapi setakat hari ini, aplikasi tersebut masih belum stabil dan kadangkala menyukarkan pengguna.

Baru-baru ini pihak Instagram telah menawarkan kemudahan untuk mengakses lebih dari satu akaun Instagram melalui aplikasi yang sama. Ini merupakan satu berita yang baik untuk para usahawan yang sentiasa memerlukan lebih dari satu akaun Instagram. Aplikasi ini telah ditawarkan untuk semua pengguna Android dan IOS melalui update terkini Instagram v7.15

Bagaimana untuk mengaktifkan multi akaun ini?

1. Pengguna perlu mempunyai lebih dari satu akaun Instagram (kami belum pasti berapa maximum akaun yang boleh dibuka melalui satu aplikasi)

2. Pastikan aplikasi Instagram anda telah diupdate kepada versi terkini 7.15 dan keatas

3. Untuk memulakan fungsi ini, boleh ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:


LANGKAH 1



LANGKAH 2


LANGKAH 3


Mudah kan?

Sekarang anda boleh mula mengakses kesemua akaun instagram anda tanpa perlu log masuk dan keluar berulangkali. Dan lagi best anda akan mendapat notifikasi dari ketiga-tiga akaun terus ke telefon anda tanpa anda perlu menukar akaun setiap masa.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen dibawah. Diharap melalui update terbaru ini dapat memabantu memudahkan anda Terima Kasih 

2 comments:

Shazana Mhd Sobri said...

alaaa nana punya ig xde 'add account'.
dr clear history tu, then trus ada options logout.
in between, xde 'add account'
mcmn tu?

Syida Mohsin said...

Dah update tak akaun IG, make sure verison IG kita 7.15 keatas. Lepas update akan ada option untuk add account

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...