Feb 8, 2016

OSAKA, 14 days to GO!

14 hari lagi untuk berlepas ke Osaka? Biar betul!

Serius rasa sekejap je masa. Dulu masa fight untuk pakej Osaka, rasa tak sabarnya nak ke Jepun. Pejam celik, pejam celik tinggal 14 hari je lagi untuk berangkat ke negara matahari terbit..

Visondata pocket WiFi

Last week dapat message dari HQ.. HQ share full itinarary. Memang teruja gilerrr tengok semua aktiviti yang disediakan untuk kami. Rupa-rupanya syarikat dah upgrade pakej kami. Bukan ke Osaka tapi kami akan ke OSAKA, KYOTO dan KOBE! memang bertambah-tambah happy la. Sebab kita bukan hanya pergi ke satu tempat, tapi bakal menjejak kan kaki ke 3 daerah berbeza di JEPUN. Kami akan menaiki penerbangan terus MAS dari KLIA terus ke Kansai Airport Jepun.


Mana tempat yang kami akan pergi nanti? Syida pun tak sabar nak tengok tempat-tempat yang akan pergi nanti, So mulalah sesi menGooggle gambar-gambar tempat yang kami akan pergi. Just nak dapatkan gambaran macam mana tempat tu and senang untuk plan macam mana nak bergambar nanti..hehe

Antara tempat-tempat yang kami akan pergi mengikut perancangan, 

Kyoto:

Kyoto Kiyomizu Temple



Nishijin Kimono Centre



Gion Street




Osaka:

Universal Studio Japan



Shinsaibashi



Kobe:

Majid terbesar di Kobe



Sanda Premium Outlet



Ini Sebahagian tempat-tempat yang akan kami lawati. Tapi selalunya akan banyak lagi tempat yang akan dibawa berdasarkan permintaan. Shopping memang akan menjadi agenda utama kalau dalam setiap trip. Dan dah boleh jangka memang akan banyak menghabiskan masa dkt tempat shopping rasanya

Dekat mana kami akan stay nanti. Macam yang selalu Syida share trip dengan SHOM memang 5 stars trip dan hotel yang akan kami pergi pun memang >5 stars hotel. So tak perlu risau. 

So kami akan menginap di 2 hotel sepanjang berada dia sana. Memang terbaik apa yang disediakan untuk kami. 

Hotel Imperial Osaka (masa di Osaka)



Hotel Portopia Kobe (masa di Kobe)



Dan masa di Kobe nanti juga kami akan ada Gala Dinner (Sakura Night). Dan tema untuk dinner kali ini 'Japanese Orientated Costume'. Kena plan ni nak pakai apa. Nak beli costume dekat sini ke dekat atau dekat Jepun nanti? 


So 14 hari lagi, kene make sure semua persiapan dah disediakan. Kalau tak cukup ada masa untuk pergi cari lagi kan

Chek list untuk peringatan,
  • Buku Merah (passport) pastikan hidup lagi
  • Baju sejuk / Trench Coat (Sebab dijangkakan suhu waktu kami disana sekitar -0'C sehingga ke 8'C) dan tips untuk siapa-siapa yang akan melancong ke negara sejuk, jangan lupa untuk pakai Premium Beautiful Corset. Pengalaman Syida masa pergi ke London n Paris dulu, PB corset sangat-sangat memabantu menghangat kan badan kita. Serius akan rasa selesa bila badan kita di support dengan haba yang dihasilkan oleh PB. 
  • Roaming handphone / data atau portable Broadband (Syida ada share cara nak dapat kan Broadband murah waktu dekat jepun. Boleh rujuk SINI)
  • Universal plag (jepun pakai 2 pin tegak kalau tak silap)
  • Luggage and luggage scale
  • Makanan segera (incase kalau dah boring makanan jepun dan craving for malaysia food)
  • Duit (jangan lupa tukar kepada Yen tak silap 1000Y = RM37)
  • Baju yang secukupnya, dan barang-barang keperluang harian

 14 hari lagi, so prepare apa yang perlu. InsyaAllah balik dari Osaka kita sambung lagi entry ni dengan actual pics insyaAllah.

Bertemu di OSAKA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...