Feb 5, 2016

Rahsia Nak Dapat Unlimited Broadband Murah Dekat Jepun

Post ni ditujukan khas untuk rakan-rakan team Dolomite, PIN dan Hai-O yang akan ke OSAKA 

Hari ni duk mengGoogle plan internet / data / broadband yang available dekat Jepun maklumlah tak sampai 3 minggu je lagi nak fly ke Osaka.. fuhh memang dah tak sabar ni nak rasa angin sejuk di Osaka. 1st time bakal menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ni.


Kalau sebelum-sebelum ni takda la kisah sangat bab internet ni, dan selalunya Mr Husband akan siap-siap buat data roaming je. Tapi kali ni tergerak nak google tentang broadband plan yang berpatutan sebab rasanya macam akan guna banyak je data untuk buat video call ke rumah, takut rindu dekat si Ahmad Adrian.. (first time ni travel lama tinggal kan anak) 



So mula lah sesi mengGoogle pakej unlimited broadband yang available kalau nak melancong dekat Jepun. Sebab bila tengok package Digi data roaming (Syida guna line Digi) untuk Jepun RM36/day kalau tak silap so kalau syida dan husband buat data roaming cost dah lebih RM72 per day untuk kami. 

Dan pengalaman-pengalaman sebelum ni, selalunya bila balik Malaysia tengok bil memang agak tinggi walaupun telco kata dia offer fixed price per day.. (macam ada charge-charge yang tersembunyi je.. ntah lerr). Mr Husband pun ada bagi beberapa link dia cakap ada package yang kita boleh sewa Broadband dekat Malaysia dan kita boleh guna masa dekat Jepun. Macam menarik kalau ada package yang harga lebih berpatutan.

Visondata pocket WiFi

Duk survey mensurvey tertarik la dengan satu broadband provider ni. Nama provider ni Visiondata. Company ni offer service sewa Broadband untuk mereka-mereka yang nak keluar negara dan memerlukan Broadband. Maksudnya, kita boleh register dengan company ni dan dia akan bagi satu alat yang dipanggil pocket WiFi (atau MiFi). Dan bila kita sampai dekat sana kita boleh on je alat ni dan boleh connect terus ke handphone, ipad, or laptop tak kisah apa-apa device janji ada wifi, dan boleh terus melayari internet dengan senang hati.


Apa yang bestnya bende alah ni, masa survey harga untuk Jepun.. dia ada promo RM25 sahaja sehari + UNLIMITED data (guna la sampai lebam pun) + 4G speed (dengan kata lain laju gilerr. Sebab internet Jepun jauh lagi baik dari deakt sini). Tak sure promo ni masih on lagi ke tak, tapi kalau takut x sempat baik cepat-cepat book dan boleh rujuk website dia >>> Visiondata

Macam mana nak register service ni?

Ok kita sambung cerita lagi, cara nak register pun sangat la mudah. 
  • Just pergi dekat website Visiondata ni boleh click SINI , dan click button 'Book Now' (dekat sebelah kanan atas page)

  • Lepas tu dia akan keluar borang untuk kita isikan dengan detail (Nama, email, tempat yang kita pergi dll) yang penting bila kita akan pergi dan bila kita akan pulang untuk dia tentukan harga yang kita perlu bayar untuk sewa.
  • So lepas dah siap isi borang tu, nanti dia akan keluarkan sebut harga berapa yang kita perlu bayar. So mudah kita dah tahu harga yang kita akan bayar sepanjang tempoh kita guna service ni.
  • Satu lagi dia juga ada offer service untuk sewa power bank. Kalau tak silap dalam RM4 sehari sebab kalau dekat sana kita banyak masa dekat luar dan lambat balik hotel untuk charge MiFi ni, powerbank sangat-sangat la diperlukan since bateri dia hanya bertahan max 6 jam je.
  • Lagi satu, kalau takut rosak atau hilang MiFi ni masa kita gunakan dekat sana, digalakkan juga untuk ambik insuran. Harga untuk insuran ni RM 12 sahaja sehari. So kalau apa-apa berlaku pada device ni kita terselamat dari membayar ganti rugi RM700 kalau tak silap

  • Last sekali dekat bawah form tu ada bahagian 'pickup' and 'return' location. Kita boleh pilih dekat mana kita nak ambik device ni dan dekat mana tempat kita nak pulangkan semula.
  • Ade beberapa lokasi antaranya:
  1. Mont Kiara (HQ)
  2. Mid Valley
  3. KLCC
  4. KLIA
  • Atau kalau kita berada di luar kawasan atau susah untuk nak pergi ambik, kita boleh pilih option untuk courier service. mudah kan
  • Dah siap semua, nanti submit form tu and dia akan bagi email confirmation dalam tempoh 24 jam. 
So kalau device yang kita nak sewa tu available dia akan bagi booking number dan kita boleh bawak booking number tu masa kita nak ambik nanti. Tapi ade juga kemungkinan kita tak dapat untuk sewa sebab device dah habis. So untuk elak kan perkara ni berlaku, seelok-eloknya buat booking awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum kita bertolak. 

Ni apa yang Syida faham lepas study FAQ dia. Syida pun cepat-cepat buat tempahan tadi takut juga device dah habis. Almaklumlah sekarang ni musim ramai orang pergi bercuti overseas. Confirm ramai juga yang duk mencari kan. So geng-geng Hai O yang akan ke Osaka 3 minggu lagi, cepat-cepat kita booking device ni. 

Lagi jimat device ni boleh di share maximum 5 users serentak. Tapi kalau kongsi ramai-ramai korang kena sentiasa follow orang yang bawak alat ni la dan lagi satu bila lagi ramai yang share lagi cepat habis bateri dia. 

Terpulang pada pilihan masing-masing..mana yang kita selesa. Nak jimat share ramai-ramai, tapi kalau nak mudah sewa sendiri-sendiri.. Syida confirm la just share dengan Mr husband. Dah confirm akan berkepit berdua so tak risau tak dapat nak connect dengan device ni.

So ni la serba ringkas info yang Syida baru tahu. Kalau ada yang tak faham nak tanya boleh je komen dekat bawah ni. Kalau Syida tahu Syida cuba jawab, kalau tak tahu boleh tanya company ni. 

Nak lagi details boleh terus ke website diaorang at Visiondata (M) Sdn Bhd atau scan je QR code dekat bawah ni. 

Semoga sedikit perkongsian ni membantu anda semua


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...