Aug 4, 2016

Menggapai Impian Bermula dengan Imaginasi

Assalam..

lama betul rasanya tak berceloteh kat sini. last dr feb haritu lagi. maklumla mcm2 simptom yang ada skrg ni hehe.. insyaAllah lepas ni.. kita manfaatkan blog ni sebaiknya..

balik dr class berniaga smlm, hati nak sangat bercerita pasal impian. lama tak berimpian rasanya.. kadang rasa Alhamdulillah dah cukup dengan rezeki yang ada skrg, tapi bila di fikir2 balik, dah cukup ke ada aku ada skrg? cukup selesa ke anak2 aku dengan kehidupan skrg? bukan tak bersyukur tapi nak bagi yang terbaik utk dorg sbb dorg deserved the best dari kita as parents.

4 tahun lepas.. rasa dah cukup selesa dah untuk kami berdua dengan 2 kereta sedan. kesana kesini, cari rezeki, balik kampung etc etc. tapi bila Allah anugerahkan anak buat kami, dah rasa mcm emm kecik rupanya kereta skrg hehe then bila nak msk anak 2 ni rasa lagiii la kecik mana taknya dengan bibik dan barang2 semua lagi kalau nk balik kampung ke kemana2. belum lagi bercerita tentang parents datang ke apa, nak mengangkut 1 kereta mmg x muat. so kena la susah payah keluar dengan 2 kereta.

so mcm tajuk kat atas la kan, nak capai impian semestinya nak kerana berangan a.k.a berimaginasi dulu. skrg mmg aim nak kereta besar2 je.. kalau awal2 dulu target SUV sbb bonet besar blh letak bag baju makpak dia, beg anak2 semua hehe dengan stroller dan barang2 baby yang lain. tapi bila nampak vellfire baru ni kat atas jalan, tergoda la pulak.. yelaaaa boleh la kami sumbat semua anak beranak dalam tu plus boleh angkut barangan bisnes jugak. haaaa kata saudagar SHOM kan :D 


Next 2017, Audi Q7 atau Vellfire yang baru tu insyaAllah.. 
tapi nak pilih yang mana 1 pilihan ye?
susah jugak nak buat pilihan ni hihi
tapi takpe.. kita siapkn tabung dulu.. kang awal tahun depan kita pilih. ok? :))


nak berimpian kena jelas.
bila nak dapatkan?
model apa?
kaler apa?

so bila nak upgrade ni? 
1st quater 2107 insyaAllah.
doakan kami ye :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...