Sep 24, 2017

Last Minute planned Vacay at Bayou Lagoon Park Resort

Assalamualaikum =)

Long weekend dah hampir pada penamatnya. Ramailah warga kota berpusu2 balik ke rutin masing2 harini..

Sama goes to us.. Tengahari tadi rushing balik dari Melaka selepas bercuti 1 malam dekat sana. Bukannya planned holiday pun.. Since kami memang ada kenduri dekat rumah adik ipar kat bandar Melaka. Alang2 tu en suami ajak tido sana. Boleh la amad dengan adik main air kolam. (walaupun kolam ada je ni haa kat blkg rumah) bukan kolam sendiri. Hehe kolam renang komuniti pangsapuri la kan 😝


So sambil bersiap pagi sabtu tu.. En suami dok mencari bilik yang sesuai. And alhamdulillah rezeki kami.. Dapat jugak book apartment dalam Bayou Lagoon. Siap free dinner, breakfast dan free unlimited entry dekat Waterpark!

Yeayyyy!! Sooo here we go! Gerak dalam 12pm..sampai sana almost 3pm. Jem teruk jugak sebab ada excident lorry and biasa lah. Weekend kan.



Geng Botak daddy and son


Sampai je terus shoot to mitc for the wedding. Tengah lapooo tu memang elok sangat la kan. Duduk plak kat meja VIP. Mmg heaven. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal (maaf kalau peribahasa salah 😝)

Thank you syazni.. Ngah n family for inviting us! And congratulations to syira and husband.

Later after that.. Zass gerak ke Bayou Lagoon park and resort.

Terkejut weh masa sampai tu. Bapak ramai!! Huahhaha sapa soh datang public holiday. Selalunya kami travel/holoday time weekdays. Tapi saje jelaaa kan cuba nasib kalini. But alhamdulillah.. The kids happy to the max! Maybe sebab ramai orang.. So rasa laa meriah tu kan. Kalau kosong je tak syiok jugak.



Settled check in. My helper Dah.. Flat habis. Mabuk jem. Kalau ikutkan dah makan ubat dah. So mami take over lah semuanya. Dari bawak pegi main. Mandi. Makan. Uruskan depa and all! Penat okkk huahah berkejaran dekat waterpark. Pastu dengan cranky nya.. Maklumla depa pun penat kan.

After maghrib pegi dinner cepat2.. Sib baik ada free buffet. So tak payah nk cari tempat makan dah. And the menus not bad at all! Ado kambing bakar.. Ayam bakar.. Nasi putih dengan lauk2 semua.. ice cream.. Cakes..  Rojak buah.. And many more. Berbaloi! Actual price rm45 sorang. Tak mahal sangat.

Sampai bilik 9pm macam tu. Mami terus masuk bilik.. Sib baik la depa pun penat kan. So zzzzzz tido sampai kesubuh. Tak bangun malam mintak susu pun. Yeayy!! 

So bangun pagi tu.. After breakfast repeat waterpark lagi. Kalini bawak Dah dan sil Dayah. Soooo mami boleh la berenang2 ketepian. Ahaks 😁 alasan nak teman depa main air.. Tapi mami daddy pun sama naik. Pasrah ajolah. Hihi sampai tersumbat hidung dan telinga. Gigih naik water slides bagai.



2 jam lebih dok dalam air. Kolam demi kolam dijelajah. Akhirnyaaa depa mengaku kalah. Reti penat jugak rupanya ye. Ingatkan nak tido dalam kolam dah. Naik bilik dan check out at 12pm.



Sil nadia and her husband syazni.. Jemput kami and bawak datang makan Manggo Float Royale Melaka ni. Tak jauh dari Bayou Lagoon tu. Kami sampai pun awal lagi.. Takda la kena beratur ramai sangat.

Harga murahhhh gila. Rm5 je segelas besar. Siap ada isi mangga dengan ice cream walls lagi. Haa kedai dia kat sungai putat. Pastu lunch dekat gerai situ2 je.. Sempat la sambar keria gula melaka kat sebelah gerai. Mak aih panjang ok Q.  Mami end up sempat beli rm10 je. Sedap weh! Tak cukup 😝😝


Semua dah kenyang.. Anak2 pun well behaved (kadang2 je wat perangai.. Dah nama lagi budak) so kami cepat2 gerak balik kl. Sbb journey dengan depa ni.. Kena elak jem. Kalau tak.. Bau muntah laaa nanti. Bukan depa ja. my helper pun samo je. 😂

Ok la.. Sekian perjalanan kami semalam dan harini. Actually bulan ni dah 3 kali ulang alik melaka. Kalau pegi ber2 memang tak rasa jauh pun. Pegi bawak rakyat jelata. Faham2 lahh.. Soo see u melaka next week. For biz trip pula insyaAllah.

Orang2 melaka.. Yang nak grab last month rabate up to rm6000. Meh roger mami cepat2 ye. Alang2 nak pegi jumpa new PINpreneurs dari sana.. Kita boleh la minum mangga float. Sambil cerita plan bisnes. Dengar dulu pun takpe. No worries. Im happy to share 😍

Love,
Cikcida
Mak anak 2 😘

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...