Oct 5, 2017

Tak berbaloi tengok cerita bisik pada langit kat wayang! Menyesal!


Kami selalu cari masa utk dating tengok movie.. Even ada back to back appointments pun boleh lagi menyelit tengok wayang. Syida selalunya follow je en suami nak tengok cerita apa. Salunya cite dia ok la.. Cite lawan2 ke omputih semua. Cite melayu dia salu suruh syida tunggu astro first je. Uwaaaa tapi kadang dia layan kan jugak bini dia ni.. Kadang selalu jugak! 😁

Okeh cerita pasal movie plak.. Minggu ni je kami dah tengok Kingsman, American Assasin, the foreigner dan the lastest... Haa yang ni syida nak cerita.. Bisik Pada Langit. Macam biasa jugak.. En suami kata tunggu astro first.. Tapi ramai dok cakap bestt.. Best.. So biasala bininya..selagi tak dapat selagi tu la bagi hint.. End up.. Ehh dia kata ada meeting dengan kawan.. Rupanya meeting kat TGV. Hihi tq syg..

Dari wayang indulge.. Gold class.. Luxe couple seat sampai ke seat biasa. Semua kami tapau. Tapi paling favourite indulge tgv lah. Sebab ada makan2.. Menu dia macam kat fine dining. Puas hati makan! Cerita tak best pun takpe 😁


Berbalik pada Bisik Pada Langit. Ni tengok kat belakang rumah je. Takda hall luxe ke indulge.. Semua hall biasa je kat the strand mall ni. Couple seat pun habis. So en suami beli seat biasa.. Dapat 10 hengget je sorang. Guna kad maybank kan. Seat biasa dapat murah tau kalau kat tgv.

Masuk je wayang 5 minit terus keluar cerita. Tang intro pun dah bergenang air mata.. Haishhh tak boleh jadi ni.. Belum pape kot. Lepas ni mesti tak sedih sangat dah.. Cite melayu kan.. Tak lari dari kisah cinta. Kalau pasal keluarga mesti biasa2 je..

Tapi sangkaanku meleset. Cerita dia sangat menyentuh hati! Dia lebih kepada flash back.. Dan watak siti hajar yang dilakonkan umi nazira pun sesuai sangat. Watak anak manja ayah. Yes. Anak manja ayah yang dilebihkan dari abang (beto khushairi)  dan adik lelaki lain.


Watak ayah pulak (jalil hamid) memang menjadi.. Kalau tak menjadi tak jalil lah hehe.. Masuk minit ke 10.. Ke 20.. Terus terusan dok menjejes air mata lagiii.. Sampai la habis! Uwaaaaaa serius weh..

Tak berbaloi tengok cerita ni dekat wayang.. Tak berbaloi sangat sebab habis basah kuyup tudung.. Tersedu2 sampai orang sebelah ejek kita 😭😭😭 sampai tetibe sesak dada!! Uwaaaaaaaa nape cite ni sedih sangat.. Menyesal!! Herot beyot tudung masa keluar wayang tuh.

Pasal cerita tu tak yah la syida cerita lebih2..kang tak best dah la korang nak pegi tengok. Tak payah sedia tisu pun. Sebab sekotak tisu tak tentu cukup. Guna jela kain tudung yang ado. Yang pakai spek.. Bawak siap2 wiper.. Kang berkabus spek tak nampak skrin! Dah la lepas tu ada another business meeting.

Uwaaaa menyesal tau!! Menyesal kalau tak pergi tengok!! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...