Feb 2, 2016

DDM Seminar Team Dolomite 2016

Satu Hati Semakin Di Depan!



Setiap detik yang dialaui pasti ada pengisian yang bermanafaat. Setiap peluang yang ada pasti di isi dengan sesuatu yang berharga. Itulah budaya perniagaan yang setiasa ditekan kan untuk kami para usahawan dibawah bimbingan mentor kami CDM Azlan Deraman dan CDM Hajah Siti Rohana.

Alhamdulillah tahun 2016 ni, memang penuh dengan pengisian ilmiah untuk para usahawan. Bagi Syida sendiri dan PIN baru sahaja selesai PIN Day minggu lepas, minggu ini sekali lagi Allah bagi peluang untuk kami bersama-sama team senior didalam seminar yang cukup hebat yang dianjurkan oleh Team Dolomite.

Terima Kasih tak terhingga untuk penganjur yang diterajui oleh CDM Azlan Deraman, dan dibantu oleh CDM Kak Ina, CDM Kak Azlini dan CDM Kak Salha sejak dari permulaan lagi bersusah payah untuk menganjurkan seminar DDM ini (DDM mewakili min sales RM720k) 


Tanggal 31 Jan 2016 dipilih sebagai tarikh keramat untuk para DDM dan CDM untuk sama-sama berkumpul untuk menatapkan ilmu dalam berniaga. Objektif utama untuk melahirkan seramai mungkin CDM dari Team Dolomite pada majlis ulang tahun syarikat yang ke 24 tahun ini. 


Lebih dari 70 usahawan DDM dan CDM yang hadir untuk seminar kali ini. Dan semua DDM yang hadir kali ini adalah bakal-bakal CDM yang bakal diraikan untuk MUT ke 24 tahun ini. Fuhh tak sabar nak tengok CDM-CDM baru Dolomite yang bakal diraikan nanti. Biar kali ini team Dolomite membanggakan CDM Mentor kami CDM Azlan Deraman dan CDM Kak Ana. InsyaAllah kami pasti boleh!


Seminar kali ini di hostkan oleh CDM yang cukup hebat. Emcee yang sangat-sangat berpengalaman dalam mengendali majlis tak lain tak bukan CDM Acik. Memang dewan tak pernah sunyi dengan gelagat dan usikan dari CDM Acik. Kalau seminar terlalu serius mesti boring kan. Tapi CDM Acik berjaya menghidupkan suasana Dewan dan membawa keceriaan kepada semua peserta. 


Sebelum majlis bermula, kita panaskan dewan dengan tarian Zumba dibawah pimpinan CDM celebrity kita CDM Fendi. Memang havoc bila gerak tarian Zumba yang memang akan buat kita rasa tak puas. 3 lagu dia pulun untuk panas kan dewan sebelum majlis bermula. Nak berseminar mesti nak charge tenaga dulu. Lepas je berzumba semua dah berapi nk berseminar.


Sangat istimewa seminar kali ini, bila Allah melorongkan hati CDM yang kami sangat sayangi CDM Hajah Siti Rohana untuk hadir bersama-sama memeriahkan seminar DDM 2016 ini. SubhanAllah tak dapat digambarkan kegembiraan di wajah setiap peserta seminar kali ini untuk mendengar suara yang telah lama kami rindui. Beliau la penguat team Dolomite. Beliaulah inspirasi kami untuk berjaya seperti beliau. 


Pasangan hebat yang tak pernah sekali pun melepaskan tangan para usahawan Dolomite. Kalau untuk Syida personally terlalu banyak jasa dan tunjuk ajar yang diberikan oleh CDM Abg Lan dan CDM Kak Ana untuk Syida dan kumpulan PIN.

Syida dan PIN masa mula-mula sampai kami tiada apa-apa. Kosong dan masih terkapai-kapai mencari hala tuju untuk mengemudi kumpulan kami. Syukur Allah hantarkan kami seorang mentor yang mampu mengubah kami 180 darjah dan Alhamdulillah kami mula mengorak langkah untuk bangkit hasil dari tunjuk ajar insan yang hebat ini.


Masih cukup berbisa bila CDM Hajah Siti Rohana memulakan pengisan slot pertama. Seoalah-olah Kak Ana tak pernah berhenti walau seminit dalam dunia perniagaan ini bila Kak Ann mula berbicara. Setiap bibik-bibik kata, setiap ayat yang dikeluarkan sungguh hebat sehinggakan dewan terpegun dengan penyampaian dari CDM Kak Ana.

Syukur Allah hantarkan kepada kami seorang mentor yang cukup-cukup hebat untuk membimbing kami. Apa lagi alasan untuk kami menafikan peluang kejayaan jika jalannya kini memang terbuka luas.



Siapa sangka, CDM Kak Ana yang telah lebih 13 tahun bersama-sama Sahajidah Hai O tidak pernah hilang sedikit pun sengatan nya. Sehinggakan setiap detik masa yang berlalu tidak kami sedari dek kerana kusyuknya kami mendengar amanat yang disampaikan oleh CDM Kak Ana. Beliau lah ibu kami di dalam team Dolomite dan beliau kan sentiasa kami letakkan dihadapan kami sebagai pemimpin kami.


Slot kedua dikongsikan oleh CDM lelaki pertama selepas CDM Azlan Deraman. Beliau adalah bayang-bayang CDM Abg Lan. Beliau adalah CDM lelaki yang hebat memasarkan Premium Beautiful Korset. Bayangkan bagaimana seorang ustaz disekolah mampu untuk bersara awal dari bidang perguruan untuk menjadi usahawan pakaian dalam wanita.

Telah lebih 10 tahun dalam industri ini CDM Ramzi bukan la nama yang asing didalah Syarikat Sahajidah Hai O. Bermula sebagai usahawan Premium Beautiful sewaktu bekerja sebagai seorang guru, bukan alasan untuk tidak melakukan tindakan yang luar biasa. 

Memang tepat pemilihan CDM Ramzi sebagai speaker ke 2 untuk hari ini. Tips asas sebagai pemimpin yang akan menjadi CDM dikupas dengan sebaik-baiknya. CDM Ramzi bijak menyampaikannya dengan cara yang cukup simple dan berkesan

Satu ayat yang CDM Ramzi katakan, 

"Hari ini saya berkongsi dengan seikhlas hati, dan saya menganggap semua yang ada didalam dewan ini sebagi rakan kongsi saya" 

 ini menunjukkan beliau betul-betul ikhlas untuk berkongsi ilmu yang beliau miliki


Selesai Slot kedua, majlis berhenti untuk berehat. Sekitar jam 3 petang, majlis disambung semula untuk slot ke 3. Seperti biasa sebelum memulakan perkongsian yang ke 3, sesi merenggang kan otot dimulakan dulu. Sekali lagi CDM Fen dipertanggungjawabkan untuk sesi memanaskan badan. Maklumlah perut semua dh terisi, badan perlu disegarkan semula dengan sedikit sesi rengangan


Siapa tak kenal CDM Azlini, telah melahirkan ramai CDM-CDM dibawah kumpulan beliau. Kami rasa bertuah sangat bila slot ke 3 diisi dengan perkongsian oleh CDM Azlini. Lebih 10 tahun dalam perniagaan ini, siapa sangka seorang guru sejarah kini bergelar seorang usahawan yang hebat. 



Perkongsiang yang sungguh menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Tutur kata yang lembut tapi menusuk terus kedalam hati. Teringat kata-kata CDM Kak Lini

"Jadilah batu yang berkualiti, bila dilemparkan ke burung nescaya kita akan dapat burung yang berkualiti"
Pemimpin mudah untuk dilahirkan tapi pemimpin yang melahirkan pemimpin bukan nya mudah untuk dilahirkan. Perjalanan kita didalam perniagaan kita ini sebenarnya sangat mudah jika kita mengambil jalan yang betul. ikut sahaja segala signboard yang disediakan, pasti kita akan sampai ke destinasi impian kita dengan selamat.


Hargai setiap pemimpin kita walau siapa pun dia, walau kita jauh lebih hebat dari dia. Kerana pemimpin yang membawa kita sehingga berjaya. Mereka yang pegang tangan kita untuk menjadikan kita. Jika keredhaan anak terletak pada tangan ibunya, di dalam dunia perniagaan pun sama, pemimpin adalah guru kita dan mereka lah juga ibu kita.
Macam mana nak merasa nikmat kejayaan jika kita sendir yang derhaka kepada mereka.

Banyak sangat pengisian Kak Lini yang membuatkan kita termenung jauh memikirkan dimana letaknya diri kita dimata pemimpin. Kak Lini banyak membuka minda kita untuk sentiasa menjagu ukhwah sesama kita di dalam team Dolomite. Walaupun di dalam dunia perniagaan kita bersaing, tapi saigan yang sihat tidak akan memusnahkan sebuah ikatan ukhwah.


Sebelum bersurai, terkejut juga Syida bila dipilih untuk menjadi testimoni hari ni. Rasa nya Syida ni terlalu kecil untuk dibandingkan dengan CDM-CDM Senior di Dolomite. Terlalu cetek lagi ilmu untuk berada bersama-sama team satu hati. Tapi satu je yang Syida selalu pegang, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Percaya pada jalan yang Allah lorongkan kepad kita pasti ada hikmahnya.

Syukur sangat-sangat, pengalaman bersama team Dolomite adalah satu anugerah terindah yang Allah aturkan untuk Syida dan PIN. Walaupun Syida ni CDM junior baru masuk tahun ke 3 sebagai CDM, tapi keluarga Dolomite tak pernah meminggirkan Syida dan PIN. Seronok rasannya bila diri kita diterima. Banyak lagi yang Syida perlu belajar dari CDM-CDM hebat di Dolomite. Walau ditahap mana pun kita berada, sentiasa hormati mereka yang lebih senior kerana mereka lebih lama dan lebih dulu menempuhi jalan yang kita sedang lalui sekarang. 



Alhamdulillah, untuk seminar DDM tahun ni, kami berlapan adalah wakil dari PIN. InsyaAllah untuk seminar DDM tahun depan kita pastikan 80 orang pula wakil PIN yang pasti akan hadir InsyaAllah.

Tak sabar rasanya nak melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpiny yang berjaya dan pemimpin yang beraura dari PIN. InsyaAllah berkat didikan dari CDM Abg Lan dan CDM Kan Ana, Syida percaya 2016 adalah tahun untuk kami PIN. Semoga Allah memberkati usaha dan impian kami.. amin



Kami usahawan-usahawan Team Dolomite, Satu Hati Semakin Di Depan


No comments:

ContactMe