Feb 2, 2016

PIN Day 2016

Permulaan Terbaik di Tahun 2016

PIN PB

Alhamdulillah syukur masih lagi diberikan peluang untuk menjejak kan kaki ke tahun 2016. pejam celik, pejam celik sekejap je rasa masa berlalu meninggalkan kita. Kadang-kadang macam tak perasan macam-macam yang kita dah lalui di tahun 2015. Apa-apa pun syukur sangat diatas segala yang Allah kurniakan kepada kita. Setiap sesuatu yang Allah bagi kepada kita pasti ada sebabnya.

Ok Syida bukan nak bercerita tentang apa yang berlaku tahun lepas, tapi nak kongsikan apa yang kami sempat rancangkan di awal tahun 2016 ni.

Usahawan PIN

Nak kata kata ada proper planning pun tak juga, idea datang last minit tapi Alhamdulillah berkat kerjasama semua, kita dapat menghasilkan sesuatu. Macam mana idea ni boleh tercetus pun semua nya ilham dari Allah lepas dari CDM Conference


Cerita dia macam ni, minggu sebelum tu Syida bersama-sama CDM waki PIN (CDM Najiha dan CDM Zul) dan CDM-CDM seluruh Malaysia dijemput untuk menghadiri CDM Conference 2016 anjuran Sahajidah Hai O Marketeing Sdn Bhd di Grand Lexis Prot Dickson. Bila bercerita tentang CDM conference ni pengisian dia bukan la pengisian yang biasa-biasa tapi satu pengisian yang cukup power untuk semua para usahawan dan pemimpin. Dek rasa yang sangat terkesan dan semangat berkobar-kobar nak berkongsi dengan rakan-rakan kongsi di PIN, time tu juga terus message PIN mastermind team untuk buat special class untuk Syida berkongsi apa yang Syida dapat masa CDM Conference ni.

Usahawan

Kuat betul penangan CDM Conference ni sampai rasa sangat-sangat teruja dan tak sabar nak berkongsi dengan PIN Family. So masa CDM Conference juga Syida message setiap leaders mintak pendapat dari leaders sebab Syida harapkan untuk dapat jumpa semua rakan-rakan PIN dari KL dan luar KL untuk mudah Syida berkongsi.

Alhamdulillah, balik je dari CDM Conference kami terus buat perancangan. 1st sekali tempat untuk pertemuan ni. Mula-mula plan kita jumpa dekat centre kita di Dolomite masa kelas PIN.. Tapi nak dijadikan cerita tarikh yang kami rancangkan untuk buat kelas ni bertindih dengan sambutan Thaipusam. So memang kurang sesuai untuk kita buat dekat Dolomite Centre sebab keadaan dekat area Batu Cave confirm akan sesak. So cepat-cepat cari alternatif untuk tempat lain. Terus terfikir dewan dekat stokis Klang B31, since dekat sana memang ada dewan seminar yang boleh kita gunakan. So cepat-cepat contact stokis untuk buat tempahan takut kalau lambat nanti dah penuh tarikh yang kita nak buat. 

Sekali lagi Allah permudahkan urusan. Dewan masih lagi kosong untuk tahun 2016 dan time tu juga Syida terus book untuk kita proceed kelas kita. Perancangan awal, just nak buat normal kelas macam kelas mingguan PIN. Tapi nak bagi sesuatu yang luar biasa kami pun berbincang untuk buat mini seminar supaya berbaloi untuk rakan-rakan kongsi yang datang dari jauh. So tercetus la idea untuk kita namaka sebagai PIN Day 2016 atau mini seminar sebagai pembuka di tahun 2016 ni.


Bermula lah merangka plan untuk pengisian PIN Day 2016 ni. Kami tak nak rakan-rakan kongsi yang hadir just dapat pengisian yang biasa-biasa. Harapan kami untuk berikan suatu pengisian yang boleh bagi kesan kepada rakan-rakan kongsi dan bantuan untuk mereka terus bertindak selepas je PIN Day ni. Penekanan utama selain dari perkongsian update dari CDM Conference adalah tentang 'Projek Kunci PIN'


Ramai PIN preneurs khusus nya dari luar yang masih belum betul-betul faham tentang Projek Kunci PIN. So kali ni Syida memang nak all out untuk pastikan mereka semua faham dan mudah untuk berindak siapkan projek Kunci PIN ni. Dan next month (Feb 2016) trip baru akan dibuka, so memang sangat-sangat kritikal untuk cepat-cepat master plan Projek Kunci PIN supaya mudah untuk semua usahawan qualify ke next trip.

Today is the day!

Hari yang ditunggu-tunggu! Sepatutnya seminar kami berlangsung di dewan seminar Stokis Klang, tapi hari ni CDM Fong dengan bermurah hatinya bagi kami merasmikan bilek conference baru dekat stokis Klang. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang tak mampu nak tolak. Bilik ni baru sangat siap, pagi sebelum kami gunakan pun kerja-kerja mengecat masih lagi berlangsung. So memang bertuah warga PIN hari ni dapat merasmikan bilik conference ni. Bilik cantik dengan semua kemudahan baru diharapkan dapat memberikan semangat untuk usahawan PIN pagi ini.



Pengisian untuk untuk PIN day kami bahagikan kepada 3 slot. 1 Slot untuk penekanan produk, slot kedua untuk Projek Kunci dan Slot ke 3 Motivasi + update Syarikat.

Emcee untuk hari ni kita import jauh dari kelantan. Terima Kasih CDM Najiha kerana sudi untuk menjadi Emcee untuk majlis hari ini. Emcee yang cukup hebat untuk menghidupkan suasana PIN Day

PIN Day

Untuk slot pertama, DDM Wirdanis dipertanggungjawabkan untuk berkongsi tentang produk yang tengah hot di pasaran sekarang 'BIO EVER Plus'. Sangat-sangat best bila kita faham tentang produk ni. Apa kelebihan dia dan apa point of sale yang kita boleh higlightkan kepada pelanggan kita. Memang tak rugi kalau kita tahu details tentang produk yang kita nak pasarkan ni.

Bio Ever Plus

Terima kasih untuk DDM Wirdanis diatas perkongsian yang cukup mantap untuk memastikan semua yang hadir dapat faham.


Slot ke 2 kami teruskan dengan perkongsian tentang 'Projek Kunci PIN' oleh CDM Zul. Projek Kunci ni telah bermula sejak pertenganhan Nov 2015 lagi sebenarnya. Tapi kami percaya ramai lagi yang belum betul-betul mahir dan faham cara perlaksanaanya. Objektif utama Projek Kunci PIN ni untuk memastikan setiap usahawan PIN mempunyai income tetap tidak kurang dari RM5,000.00 sebulan tanpa putus. Plan yang sangt simple dan mudah untuk dilaksanakan kalau kita faham caranya.

Projek Kunci PIN

Selepas je slot ke 2, kita ada sedikit penghargaan untuk PIN achivers. Ni pun last minutes punya plan. Hari jumaat sebelum majlis baru Syida terfikir nak buat ni. Leaders PIN pun tak tahu tentang plan ni. So bermula Jan 2016, PIN akan memberi sedikt penghargaan kepada usahawan cemerlang PIN terutama usahawan yang berjaya melalui Projek Kunci PIN. 

PIN Achivers

Anugerah Khas untuk DSM baru PIN, DSM Anis Syahida



Dan slot yang ke 3 dan terakhir adalah perkongsian dari Syida sendiri sebagai motivasi dan pembangkit semangat usahawan. Syida kongsikan sedikit pengalam Syida dalam perniagaan ini dan bagaimana kita boleh mencapai hasil yang kita impikan dengan cara PIN. Alhamdulillah syukur sangat bila dapat berkongsi sedikit ilmu dengan rakan-rakan, adik beradik dalam keluarga PIN. Bukan Syida nak tunjuk pandai atau nak tunjuk hebat tapi ini adalah perjalanan Syida sendiri dan ini juga yang Syida nak semua usahawan PIN merasainya. Kita tak hebat jika buat sorang-sorang, Tapi hebat kita kerana kumpulan dan mereka yang sentiasa ada disekeliling menyokong kita.

CDM Syida

Tak boleh digambarkan bila Allah bagi peluang kepada Syida dan meminjamkan Syida sebuah kumpulan atau keluarga untuk Syida bimbing ke arah kejayaan. Besar tanggungjawab tu sebenarnya tapi Syida yakin Syida boleh sebab Syida ada mentor CDM Abg Lan dan CDM Kak Ana yang sentiasa membimbing Syida, Barisan PIN mastermind yang sentiasa berjuang dan mengingatkan Syida dan paling Syida hargai rakan-rakan kongsi PIN yang sangat Syida sayangi.

PIN Wellness Consultant


Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepad setiap aktiviti PIN. Mula nya kami PIN mastermind hanya menjangkakan seramai 30 orang yang akan hadir tapi mengejutkan bila hampir 70 usahawan PIN dari KL, Kelantan, Penang, Kedah, Pahang, Johor dan lain-lain yang hadir. Takut juga tengok ramai yang hadir sebab takut tak muat bilik conference tu. Kapasiti bilik tu hanya 35 orang. So terpaksa tambah lagi kerusi untuk pastikan semuanya muat. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya. Terima kasih sekali lagi kepada barisan kepimpinan PIN, CDM Najiha, CDM Zul, DDM Wirdanis, DDM Mahani, DDM Marlinda, DDM Aini, DSM Irda, DSM Che Nor, DSM Yati, DSM Ehan dan semua usahawan-usahawan PIN yang disayangi. Semoga ikatan ukhwah kita semakin utuh dan kuat. 


More picture @ PIN FB Page < Click HERE >

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...