Apr 24, 2019

Garaj Wang 2019 by MekanikWang Abang Abu


First time jumpa Abang Abu masa kat SYEC awal tahun haritu, dari situ cida berpeluang untuk grab seat bengkel dengan AA. Cida join 1 full day punya bengkel. Balik dari bengkel AA ni sentap rasa tetibe.. kalau ikutkan aktiviti utama masa kat bengkel tu cuma main game je..

Game apa? The Rich Dad Company, CASHFLOW Board Game by Robert Kiyosaki


This Game can change your life! percaya tak?
masa main game ni.. macam blur2 ayam.. haha serius wehh first time kot main ni... main pulak dengan semua orang2 hebat masa tu.

Dalam game ni.. kita kena fight untuk keluar dari rat race. 'How to get Out from the Rat Race' and surprisingly i'm the second person yang berjaya keluar paling awal!! fuhhh best gilaaa okei perasaan time tu..

Rasa macam main game je.. tapi sebenanya benda yang sama berlaku dalam realiti.. yang mana kita kais bulan makan bulan.. kalau kita tak buat someting.. sampai bila2 kita akan duduk dalam gelung tikus yang sama.. dapat gaji.. bayar hutang.. lalui gaya hidup macam biasa.. bayar hutang lagi.. bayar komitmen sana sini... belum lagi bab hilang kerja.. komitmen bertambah.. kena saman.. anak2 tak sihat.. macam2 masalah yang datang. kalau kita tak buat something by end of the day.. duit makin habis... saving makin berkurang atau jadi negatif! hutang sana sini..

I'm not talking about you guys, buat im talking about myself. income puluh ribu kalau tak pandai manage.. akan berlaku kebocoran.. which will lead you to jadi miskin!! yesss.. miskin!!

Kenapa miskin? income ribu2 takkan miskin kot?
income 2k kalau expenses lebih dari 2k then miskin namanya!

Income 5k kalau expenses lebihhh dari 5k then miskin juga!

Income 10k kalau expenses lebihhh dari 10k pun miskin!!

Income 20k pun sama, kalau expenses lebihhhh besar then miskin juga!

Scary right?

So macam mana nak keluar dari 'miskin' ni?
HOW TO GET OUT FROM THE RAT RACE?
Passive Income > expenses!

Pendapatan pasif kena melebihi dari perbelanjaan.
kenapa bukan pendapatan aktif? bilamana anda tak aktif dalam bekerja/berniaga.. siapa nak bayar semua komitmen yang ada?

Saya dah bekerja sekarang .sekarang bukan dapat pasif ke?

Gaji bukan pasif ye kawan2.. tapi gaji adalah aktif income.. apa yang kita kerjakan bulan ni.. dan dibayar atas apa yang kita usahakan.. tu kita panggil aktif. 

What do 'Passive Income' means?

'Passive Income resulting from cash flow received on a regular basis, requiring minimal to no effort by the recipient to maintain it' -Wiki

Pendapatan pasif ialah pendapatan tetap dimana kita tetap dapat hasil dengan hanya usaha yang minimum atau takda usaha lansung.

yang mana.. kita berada di... Quadrant 'B or I'?


Ada banyak jenis passive income, antaranya.. 
  • Properties.. 
  • Main saham..
  • Beli asset ..
  • Bisnes yang ada sistem..

So kat mana actually kita berada? Di quadrant mana? ­čĄö

Yang makan gaji di E, yang ada bisnes atau run bisnes sendiri di S. So bila kita nak lompat ke B atau I? Apa yang perlu kita buat untuk sampai ke B? Teringang-ngiang word pasif income tu.. Dok pikir.. Macam mana nak capai?

Macam cida sendiri.. Dok dekat S, self employed.. Kalau tak pergi kerja then takda la pasif nya. What should I do? Takda jawapan lagi masa tu.. Tapi cida cuma buat macam kebiasaan  ja.. keep on pushing ourselves, run existing projek .. Kejar sales sana sini..

And then.. The unexpected thing happen. Tak pernah terdetik. Tak pernah terfikir. Tak pernah terlintas.. Cida anggap ni aturan dari Allah S.w.t... Will cont in next post ☺️

Loves;
Cikcida


No comments:

ContactMe