Apr 25, 2019

InsyaALLAH!

8 tahun perjalanan bisnes disini :)

dalam pada kita setia pada yang 1.. semestinya kita sentiasa cari dan cari dan mencari jalan dilubang yang sama.

Tak pernah sedikit pun terfikir untuk berpaling tadah atau menduakan. tapi cida percaya pada aturan Allah..

Kita solat, kita mohon bersungguh2, kita merayu, kita meminta, kita menangis padaNya. Dan bermacam2 usaha dan cara yang kita buat.

Bila Dia gerakkan hati, bukak kan pintu hati, bukak mata hati.. siapa kita nak menidakkan :) 

Demi Allah.. aku nak ya Allah.. berilah aku kejayaan diatas setiap gerak kerja, pengorbanan, masa dan segala yang aku curahkan. aku sanggup berpenat lelah harini.. moga dengan haluan ini dapat bantu aku dan keluarga bisnesku.

Berilah aku kebebasan masa dan kewangan.. yang boleh bantu anak2, ibu bapa, keluarga dan orang2 sekeliling ku.

Allah maha mengetahui, Maha mendengar, Maha memberi, Allah maha mengasihani. 

Aku yakin.. rezekiku disini.. dilorongkan olehNya. berkati kami ya Allah! setiap apa yang kita usahakan pasti Allah akan bagi ganjaran.

insyaALLAH!

No comments:

ContactMe