BB Plus Kolagen

Kulit kusam, kurang bermaya, kendur, kasar sehingga menampakkan pori-pori, kurang kelembapan, rosak akibat sinaran matahari merupakan antara masalah yang biasa dialami oleh wanita. Masalh ini juga adalah merupakan kesan kekurangan ‘Kolagen’ di dalam badan.

Penghasilan kolagen berkurang dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.  Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Kesannya semakin tua kita, semakin berkurangan kolagen di dalam badan kita. 

Oleh demikian kolagen amatlah penting untuk diambil sebagai makanan kesihatan tambahan. Kolagen juga sering diambil untuk belbagai jenis penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit

Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.


Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Kesan Kolagen ke atas badan

- Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- Memelihara kelembapan kulit
- Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- Menguatkan otot dan tulang
- Membantu hati dalam proses detoksikasi
- Memelihara kelenturan sendi
- Mengurangkan keradangan
- Memberi tenaga
- Membantu Polar tidur
- Memulihara penyakit saraf dengan membina semula protein pada saraf.
______________________________________________________

BB Plus Kolagen
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?


______________________________________________________

Dos yang efektif
Hanya 1 paket (5g) BB Plus setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

BB Plus Perlindungan antioksida tambahan
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

BB Plus meningkatkan kualiti kulit
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

BB Plus membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

________________________________________________

TESTIMONI



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...