Garam Buluh

Garam bersifat Alkali untuk kesihatan


Garam merupakan keperluan asas kita setiap hari. Penggunaan garam tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian kita sebagai penambah perasa dalam makanan harian kita. Walaupun penggunaan garam adalah penting dalam kehidupan kita, tetapi tidak dapat dinafikan garam juga lah yang sering dikaitkan sebagai salah satu punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, jantung, hipertensi dan sebagainya. 

Dalam sains, garam putih dikenali sebagai ‘sodium klorida’. Garam putih yang berasal dari lautan ini mempunyai kandungan ‘sodium’ yang amat tinggi (99.80% kandungan sodium) dan ia bersifat asid

Garam putih diproses secara keterlaluan sehingga menyebabkan semua kandungan mineralnya hilang. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa warna putih pada garam diperoleh setelah ia melalui proses pelunturan. Maka yang tinggal hanyalah kompaun sodium dan klorida yang menjadi punca kepada masalah kesihatan. 
_____________________________________________________
Apa tu "Garam Buluh"?



Masyarakat kita mula peka dengan masalah kesihatan dan mencari alternatif terbaik untuk menggantikan penggunaan garam biasa. Masyarakat Korea dan Jepun telah lama mengamalkan sejenis garam yang bersifat alkali yang dikenali sebagai ‘Garam Buluh’. Garam buluh salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya masalah penyakit jantung, kencing manis, gout dan darah tinggi didalam masyarakat Jepun dan Korea. 

Garam buluh adalah garam laut dalamyang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan seterusnya dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali. 

Kaedah ini menyebabkan garam lebur seumpama larva dan membolehkan ia menyerap mineral yang terkandung di dalam buluh. Kaedah pembakaran ini berjaya membuatkan garam biasa bertukar sifat asid kepada sifat alkali. Malah, yang paling penting garam buluh mengandungi lebih 80 mineral penting yang diperlukan oleh sistem imunisasi badan. 

Buluh yang terdapat di Korea dan Jepun mempunyai kadar mineral yang amat tinggi. Malah, ia turut mempunyai daya ketahanan yang sangat baik terutama bila menghadapi musim sejuk dan cuaca panas yang terlalu tinggi..






Garam Buluh Membantu Melawan Penyakit

Garam biasa mempunyai sifat asid pada kadar 5pH manakala garam buluh mempunyai ukuran pH antara 9-11. Ini membuktikan bahawa garam buluh bersifat alkali. Apabila diambil secara harian, sifat alkali akan meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita yang menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit. 

Selain itu, garam buluh juga membantu badan menyerap zat-zat dan vitamin dari makanan yang diproses di dalam badan. Apabila kandungan toksin dan asid dapat distabilkan, badan akan mula melalui proses pemulihan secara lebih cepat dan efisien. Ini sekali gus membuatkan badan lebih sihat dan bertenaga.
_____________________________________________________

Garam buluh vs Kanser 

“Kanser atau sebarang penyakit lain berpunca daripada kadar asid yang tinggi di dalam badan.” Itukah ungkapan Dr Otto Warburh, pakar perubatan German pernah memenangi Nobel Prize atas hasil penyelidikan beliau. 

Kandungan toksin dan toksin yang tidak dikeluarkan oleh badan secara perkumuhan atau peluh akan terkumpul di dalam badan. Ini salah satu faktor yang akan melumpuhkan sistem pertahanan badan. 

Sekiranya terdapat sel-sel kanser di dalam badan kita, ia akan mula hidup aktif di bahagian-bahagian badan yang mempunyai kadar asid yang tinggi. Secara amnya, salah satu langkah yang dapat membantu kita untuk membantu meningkatkan kadar alkali di dalam badan ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan juga garam buluh. 

Sebagai umat Islam kita harus mempercayai bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Berikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan dan sentiasa berdoa agar Allah memperkenankan usaha kita dalam mengatasi sebarang penyakit. 
_____________________________________________________

 Testimoni Garam Buluh:






Secara kesimpulannya, garam buluh merupakan garam yang bersifat alkali membantu menutralkan kandungan asid yang tinggi yang menyebabkan belbagai jenis penyakit didalam badan kita. 

Garam buluh sangat sesuai digunakan sebagai minuman kesihatan dan pengganti kepada garam putih yang digunakan didalam masakan harian kita. 

_____________________________________________________

TUKAR "GARAM PUTIH" KEPADA "GARAM BULUH"!
Membina Keluarga yang Sihat & Bahagia
_____________________________________________________

Berminat mendapatkan Garam Buluh?

Hubungi Syida @ CikCida

Call / Text / Whatsapp
+60 10 226 1683 / +60 10 226 1682

Email
cikcida@gmail.com
_____________________________________________________

HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA!
_____________________________________________________


 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...